Jamil Khir gesa konsert Lamb of God dibatalkan
Astro Awani
September 2, 2013 09:47 MYT
September 2, 2013 09:47 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa supaya konsert kumpulan heavy metal Lamb of God di ibu negara pada 28 September ini dibatalkan.
Gesaan itu memandangkan kumpulan berkenaan pernah membuat persembahan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Jamil Khir menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.