Jambatan Setelu tenggelam lagi
Muhafandi Muhamad
November 5, 2017 23:14 MYT
November 5, 2017 23:14 MYT
Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini sekali lagi terputus hubungan apabila jambatan itu ditenggelami air sungai yang meningkat naik akibat hujan lebat, petang tadi.
Jambatan sementara itu tenggelam petang tadi apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu hari ini.
Air Sungai Nenggiri yang semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan kenderaan terkandas dan terpaksa berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain.
Setiap kali hujan lebat jambatan ini sering tenggelam dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.