Jambatan kedua Pulau Pinang siap September

Astro Awani
Januari 23, 2013 15:03 MYT
Jambatan kedua Pulau Pinang dijangka siap pada September 2013, dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, jambatan itu kini secara keseluruhannya 90.15 peratus siap, melebihi jadual sebanyak 2.92 peratus.
Donald dalam satu kenyataan hari ini berkata pembinaan jambatan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya.
Sekali gus meningkatkan pengangkutan awam serta kualiti hidup rakyat.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ditubuhkan pada 9 Julai, 2008, sebagai syarikat konsesi untuk jambatan berkenaan dan dimiliki sepenuhnya menteri kewangan diperbadankan.
JKSB bertanggung jawab dalam pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan jambatan berkenaan.
#Datuk Donald Lim Siang Chai #Jambatan Kedua Pulau Pinang #Jambatan Pulau Pinang #Menurut Timbalan Menteri Kewangan
;