Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini

Bernama
Mac 26, 2019 05:45 MYT
Jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari tersebut. -Gambar fail
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) akan ditutup sepenuhnya selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada acara Great Eastern Viper Bridge.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), dalam kenyataan pada Selasa berkata jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari tersebut.
JKSB menasihati para pengguna untuk merancang sepenuhnya perjalanan dan mematuhi setiap arahan dan papan tanda yang disediakan terutamanya mereka yang menggunakan susur masuk dan keluar dari arah Batu Maung serta Bandar Cassia.
Jalan akses dari Bandar Cassia ke Plaza Tol Bandar Cassia (Plaza C) akan tetap beroperasi semasa acara dijalankan dan kenderaan menghala susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan boleh melalui Plaza Tol tersebut.
Hotline JKSB boleh dihubungi di talian 1300-30-2828 atau melalui laman sesawang www.jambatankedua.com.my serta melalui Facebook dan Twitter @jsahmsofficial untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
#Bandar Cassia #Great Eastern Viper Bridge #Jambatan Kedua Pulau Pinang #Jambatan Kedua Sdn Bhd #Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah #JKSB
;