Jambatan dalam pembinaan runtuh di Miri

Angelina Sinyang
Disember 13, 2019 23:50 MYT
Polis mengesahkan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian jambatan runtuh ini. Foto ihsan JKR Sarawak
Sebuah jambatan Projek Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan dilaporkan runtuh pada petang Jumaat.
Bagaimanapun, punca kemalangan jambatan dari arah Permaijaya ke Lapangan Terbang Miri tersebut masih belum diketahui.
Kejadian tersebut disahkan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.
Menurutnya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Pihak polis juga turut mengesahkan tiada mangsa yang terlibat.
#dalam pembinaan #jambatan #JKR #kemalangan #Lapangan Terbang Miri #Lee Kim Shin #mangsa #Permaijaya #polis #Projek Pan Borneo #runtuh #siasatan