Jamalul Kiram: 8 warga Filipina yang dituduh adalah rakyat Malaysia
T K Letchumy Tamboo
Mac 23, 2013 09:33 MYT
Mac 23, 2013 09:33 MYT
Pendirian yang tidak tetap dan perubahan pemikiran yang menjadi-jadi dikatakan seseuatu yang dikaitkan dengan proses penuaan. Jamalul Kiram III telah membuktikan perkara itu semenjak kebelakangan ini.
Selepas bermati-matian mengutuk tindakan kerajaan Malaysia untuk mendakwa lapan warga Filipina atas tuduhan pengganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, sekarang Jamalul menafikan bahawa kelapan-lapan orang itu adalah rakyat Filipina.
The Philippine Star melaporkan bahawa Jamalul kini berkata lapan orang itu adalah rakyat Malaysia.
Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata mereka dapat tahu tentang kewarganegaraan lapan orang itu melalui saudara kepada isteri ketua pengganas Agbimuddin Kiram.
Pada 21 Mac lalu, salah seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
Namun demikian, Idjirani berkata dua daripada orang yang dituduh telahpun mati menurut rekodnya.
Idjirani berkata dua orang yang telah mati itu adalah Holland and Lin Mad Salleh.
"Apakah kerajaan Malaysia berhasrat untuk lakukan? Mereka pembohong Mereka memperbodohkan kerajaan Filipina dan seluruh dunia.
“Hooland Kalbi sudah mati, kami pasti tentang itu.
"Malaysia akan terus berbohong supaya kita tidak akan mendapat apa-apa sokongan dari Presiden Aquino, dari kerajaan kita sendiri. Malaysia memperbodohkan dunia, " kata Idjirani.
Idjirani juga mencabar Malaysia untuk membenarkan media antarabangsa akses ke kawasan Lahad Datu.
"Saya rasa kita faham kenapa mereka tidak mahu media antarabangsa untuk memasuki Sabah. Ini adalah kerana mereka sedang menyembunyikan sesuatu, "Idjirani berkata.