Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih

Astro Awani
April 4, 2015 15:56 MYT
Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis disahkan antara mangsa yang berada di dalam helikopter yang terhempas di sini petang tadi.
Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara mangsa yang berada di dalam helikopter yang terhempas di sini petang tadi.
Perkara ini disahkan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Helikopter awam itu dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang tadi dipercayai ketika hujan dan angin kencang.
Menurut kenyataan media Kementerian Pengangkutan, lima yang lain ialah ketua setiausaha sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.
Helikopter tersebut adalah milik IGB Corporation dan di bawah operasi Cempaka Aviation.
Polis mengesahkan kesemua mangsa maut dalam nahas tersebut.
Sementara itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di lokasi kejadian pada jam 9.50 malam.

PM @NajibRazak tiba di lokasi kejadian 9.50 malam tadi #BOMBA pic.twitter.com/mfn3rwrnii

— BOMBA (@bombaJBPM) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau kemudian mengarahkan siasatan penuh dilakukan daripada segenap aspek, lapor Bernama.
Ketika sidang medianya, Najib berkata identiti mangsa tidak dapat disahkan selagi proses forensik belum selesai.
Terdahulu, laporan saksi menyebut helikopter itu meletup di udara pada jam 4.50 petang sebelum terhempas di sebuah ladang getah dan meletup sekali lagi.
Dalam pada itu, laman sosial Twitter dibanjiri ucapan takziah kepada keluarga Jamaluddin serta lima lagi mangsa nahas tersebut.

Sekali lagi kita diduga dengan tragedi apabila helikopter yang membawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua... http://t.co/r6MYMshny2

— Tengku Adnan (@TengkuAdnanReal) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

deepest condolences to the family of Tan Sri Jamaluddin Jarjis ....a big loss to the people in Rompin and Malaysia.

— Tan Keng Liang (@tankengliang) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah kpd YB JJ yg senyum selalu,SUSK PM dan 4 mangsa RT@bernamadotcom:Jamaluddin Jarjis,Azlin Alias antara penumpang helikopter terhempas

— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

AlFatihah buat Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan 5 lain yg terkorban dlm nahas helikopter yg terhempas di Semenyih Selangor pukul 5 petang td

— (@MuhdAminIsa) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah buat mantan Pengerusi TNB Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis serta 5 mangsa yang terlibat dalam kemalangan helikopter - Al fatihah

— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Semenyih. Innalillahiwainnailaihiroji'un..

— TwtArsenalMY | Amin (@Twt_ArsenalMY) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
#ahli Parlimen #helikopter #Jamaluddin Jarjis #Rompin #terhempas