Jamal Yunos mohon Peguam Negara gugur kes
Bernama
September 6, 2018 17:11 MYT
September 6, 2018 17:11 MYT
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat rayuan kepada Peguam Negara memohon kes mahkamah ke atasnya digugurkan.
Surat tersebut diterima oleh pegawai khas di pejabat Peguam Negara Wasri Ahmad Sujani sebagai mewakili Peguam Negara Tommy Thomas.
Jamal yang hadir ditemani dua peguam berkata ketika ini beliau sedang berdepan tiga pertuduhan dengan dua lagi sedang dalam siasatan.
Antara pertubuhan yang sedang dihadapi Jamal adalah menceroboh premis perniagaan dan melepaskan diri daripada tahanan polis.
"Saya yakin dengan keperihatinan dan sifat pemurah yang ditunjukkan Tommy sejak dilantik sebagai Peguam Negara, rayuan saya akan diterima," katanya kepada pemberita.
-- BERNAMA
#Jamal Md Yunos
#Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar
#mahkamah
#Peguam Negara
#Tommy Thomas
#Wasri Ahmad Sujani