Jamal Yunos loloskan diri ke Indonesia?

Rahimah Abdullah
Mei 31, 2018 23:14 MYT
Jamal pada Rabu gagal menghadirkan diri ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan kepada polis susulan dakwaan melarikan diri sebelum proses ikat jamin selesai. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan pihak berkuasa Indonesia bagi memburu Datuk Seri Jamal Md Yunos, ujar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia berikutan katanya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu didakwa telah melarikan diri ke negara republik itu.
Pada masa sama, Muhyiddin menolak rayuan Jamal untuk mendapatkan jaminan perlindungan.
“Apa nak berlindung apa, dia tahu dia buat salah, lepas itu dia lari, saya sedang minta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau, katanya dia berada di Indonesia, jadi kita akan minta kerjasama dari pihak polis di sana, cari beliau bawa ke sini.
BACA: Mana Jamal Yunos? Hanya peguam hadir di IPD Ampang Jaya
BACA: Jamal Yunos sembunyi di ladang kelapa sawit?
BACA: Polis akan mohon waran tangkap ke atas Jamal
“Apa pun kalau ada apa-apa kesalahan yang beliau lakukan, saya serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sesuai dengan undang-undang yang ada,” katanya semasa ditemui media selepas Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang.
Jamal pada Rabu gagal menghadirkan diri ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan kepada polis susulan dakwaan melarikan diri sebelum proses ikat jamin selesai.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu kemudian memuat naik rakaman video yang memperlihatkan dirinya berada di sebuah ladang kelapa sawit.
#Ampang Jaya #Indonesia #IPD Ampang #Jamal Md Yunos #jaminan #Ketua Polis Negara #Muhyiddin Yassin #penjara #polis #Polis Diraja Malaysia #Sungai Besar
;