DUNGUN: Jalan utama penduduk di enam buah kampung ke bandar Dungun di Kilometer 26, Jalan Tepus-Pasir Raja ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan berkenaan mendap dan hampir runtuh akibat banjir.
Ia membabitkan Kampung Pasir Raja, Syukur, Jongok Batu, Kuala Jengai, Rantau Panjang, Minda dan Kampung Talong di Hulu Dungun.
Keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan alternantif untuk ke kampung berhampiran yang mengambil masa kira kira-kira 45 minit berbanding 15 minit sebelum ini.
Menurut penduduk, kejadian yang sama pernah berlaku pada 2016 dan siap dibaik pulih pada Oktober tahun lalu, namun kerosakan kali ini lebih teruk berikutan banjir luar biasa baru-baru ini.
"Jadi masalah yang utama sekali nak buka sekolah ni, 19 haribulan ini.
"Sekolah yang paling dekat adalah Sekolah Kuala Jengai, jadi bermasalah pada kami, terpaksa kena melencong jauh, ikut bandar Al-Mukhtafi Bilah Shah, Bukit Besi, Besol, baru masuk ke Kuala Jengal, lebih kurang anggaran 70 kilometer," kata Pengerusi JPKK Kampung Jongok Batu, Armi Seman.
Bagi petani, Nor Zafawi Husin, 'culvert' yang dibina tidak sesuai memandangkan kejadian banjir berulang kali berlaku.
"Culvert ini memang tidak sesuai, sebab dulu pun habis banjir, beberapa bulan kemudian, jadi balik.
"Ini bermakna kita perlukan cadangan lain, mungkin membina sebuah jambatan, kerana perkara ini akan sentiasa berulang," katanya.
Menurut petani Fizarudin Rahman, sungai di kawasan itu walaupun kecil, akan melimpah ketika hujan lebat berterusan berlaku.
"Sungai ini kita nampak kecil, kadang-kala memang tiada air, tapi apabila hujan lebat, air di sungai ini akan menjadi terlalu laju.
"Apabila paras air melebihi paras 'culvert', ia akan melimpah menyebabkan banjir," katanya.
Sementara itu Penyelaras DUN Kawasan Bukit Besi, Ghazali Sulaiman ketika dihubungi berkata, masalah itu akan diajukan kepada pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian.
Menurut Ghazali, pihaknya juga akan mencadangkan pembinaan jambatan di lokasi terbabit bagi menyalurkan arus deras dari kawasan hulu serta bukit berhampiran ketika hujan lebat.
Nur Fazlizai Ali
Fri Mar 11 2022
Jalan utama penduduk di enam buah kampung ke bandar Dungun di Kilometer 26, Jalan Tepus-Pasir Raja ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan berkenaan mendap dan hampir runtuh akibat banjir. - Astro AWANI
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas maut jatuh perigi ketika ambil wuduk
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Bahrum, 64 tahun, dikatakan meninggal dunia di dalam perigi sedalam empat meter terbabit.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Kerajaan segerakan peruntukan atasi banjir di Rantau Panjang - PM Anwar
Kerajaan akan menyegerakan peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang yang berpunca dari muara Sungai Golok.
Malaysia, Thailand setuju percepat pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang
Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepatkan pelaksanaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang di Pasir Mas.
PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata projek itu adalah salah satu inisiatif utama dalam kesalinghubungan sempadan antara kedua-dua negara.
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi
Bomba Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api
KPDN Kelantan tidak menafikan jajahan Rantau Panjang dan Tumpat di negeri ini merupakan lubuk rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi.
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
Dua maut dalam kemalangan libatkan bas dan kereta
Kejadian menyebabkan penumpang kereta Nurul Suhaila Mohamad Othman dan pemandu bas Ayub Che Soh, meninggal di tempat kejadian.