Jalan sesak 8.5km akibat kemalangan lima motosikal berkuasa tinggi

Sinar Harian
Disember 27, 2022 16:17 MYT
Dalam perkembangan terkini, lorong kiri dan tengah sudah dibuka untuk penguna.- Gambar/ FB Lebuhraya Pantai Timur
GOMBAK: Satu kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi berlaku di Kilometer (KM) 26.5 hala barat (Genting Sempah ke Gombak) menyebabkan kesesakan 8.5km dari KM35 sehingga ke lokasi kemalangan pada Selasa.
Lebuhraya Pantai Timur di Facebook memaklumkan lorong perlahan dan tengah masih boleh dilalui kenderaan di lokasi kejadian.
Kelihatan anggota bomba sudah berada di lokasi kejadian memadamkan kebakaran pada kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, lorong kiri dan tengah sudah dibuka untuk penguna.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan memandu dengan berhemah dan mematuhi arahan petugas di lokasi. - Sinar Harian
#Gombak #kemalangan #kesesakan jalan raya #Lebuhraya Pantai Timur
;