GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Pos Gob merayu pihak berkuasa mencari kaedah terbaik bagi membantu 175 pelajar yang dikhuatiri akan terkandas dan tidak dapat memulakan sesi persekolahan 1 Jan ini, sekiranya laluan menghubungkan perkampungan mereka dengan Gua Musang masih rosak.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob Uda Alang berkata disebabkan jalan balak rosak dan sebuah jambatan kayu runtuh, sebahagian pelajar terbabit juga tidak pulang ke asrama dan seterusnya tidak hadir pada sesi persekolahan lepas.
Katanya meskipun terdapat kenderaan pacuan empat roda yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membawa pelajar ke sekolah, sebagai ibu bapa mereka tetap memikirkan risiko keselamatan anak-anak yang terpaksa melalui jalan yang rosak.
"Sejak tiga bulan lepas kami berdepan kesulitan untuk keluar ke bandar kerana laluan balak rosak dan Jambatan Blaer yang menghubungkan kampung runtuh.
"Dianggarkan175 pelajar sekolah tinggal di Pos Gob dan kami bimbang untuk membenarkan anak ke sekolah kerana keadaan jalan yang rosak teruk," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Uda berkata melihat kepada kesulitan yang bakal dihadapi anak-anak mereka, diharapkan kerajaan dan JAKOA dapat membantu menyediakan pengangkutan udara kepada pelajar sekolah rendah serta menengah di penempatan itu supaya mereka dapat kembali ke Gua Musang untuk memulakan sesi persekolahan.
Sementara itu, Pandak Ngah, 65, berkata sebahagian daripada 175 pelajar itu merupakan mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.
"Jarak sekolah yang jauh menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka terutamanya yang masih kecil ke sekolah sejak tiga bulan lepas sehingga mengakibatkan keciciran dalam pelajaran," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff mengesahkan menerima aduan berkenaan permasalahan tersebut dan akan mengadakan perbincangan dengan JAKOA serta agensi kerajaan yang lain bagi mencari jalan penyelesaian.
"Saya sarankan supaya kerajaan memberi bantuan khidmat helikopter untuk membawa anak-anak Orang Asli ke sekolah rendah atau menengah terutamanya di kawasan pedalaman seperti Pos Gob.
"Ini kerana ibu bapa bersungut tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah kecuali jika bantuan helikopter dapat digunakan bagi mengangkut pelajar terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Nenggiri (dua, kanan) dan Roslina (kanan) menyantuni kanak-kanak Orang Asli sewaktu misi menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mereka akibat terputus jalan perhubungan darat di Pos Gob. - Bernama
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 mendedahkan usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar perlahan.
Siapa bakal duduki White House, Harris atau Trump?
Pengudian mula dibuka bagi membolehkan 240 juta warga Amerika memilih Presiden baharu mereka di antara Kamala Harris dari Demokrat atau Donald Trump, calon Republikan bagi penggal empat tahun sehingga 2028.
Parlimen: Isu kos sara hidup, konflik harimau antara tumpuan hari ini
Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Harris, Trump terikat dalam undian di Dixville Notch
Calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump terikat dalam undian di Dixville Notch, sebuah pekan kecil di New Hampshire, negeri yang mempunyai 1.4 juta penduduk.
Deejay putar lagu ajak orang ramai mengundi di North Carolina
Seorang Deejay memutarkan lagu di pusat mengundi di North Carolina dalam usaha mengajak orang ramai mengundi yang mana ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang digelar DJs at the Polls.
Sukarelawan pilihan raya beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.
Mahkamah Rayuan benar 137 Orang Asli cabar penukaran agama
Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan agar saman sekumpulan 137 Orang Asli untuk membatalkan status agama Islam mereka, yang sebelum ini ditolak, dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi Kuantan.
JPSM tingkat usaha urus, bangunkan sumber hutan demi sosioekonomi negara
JPSM meningkatkan usaha bagi mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Projek empangan: 'Syarikat perlu patuh undang-undang, hormat hak Orang Asli' - Nik Nazmi
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin memerintahkan dua syarikat yang terlibat projek pembinaan empangan hidroelektrik mini di Ulu Geruntum, Gopeng keluar dari tanah adat Orang Asli itu serta-merta.
Persidangan Sains Tropika di Sarawak tumpu kemajuan terkini, cabaran tropika
Acara itu yang akan berlangsung dari 16 hingga 17 Okt di The Waterfront Hotel, Sarawak akan dirasmikan Premier Tan Sri Abang Johari Openg.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid yakin Orang Asli pilih calon BN
Ahmad Zahid melakukan pecutan akhir kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dengan mengunjungi kesemua lima pos Orang Asli di DUN ini.
Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara
Gurmit Singh K.S. menghabiskan hampir sebahagian besar umurnya untuk berkempen dan memperjuangkan isu alam sekitar bagi memastikan kehijauan bumi tercinta ini terus terpelihara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Ogos 2024.