Rancangan Kawasan Khas (RKK) gugusan Pulau Tioman bagi tempoh 10 tahun bermula 2020, meletakkan sasaran untuk membangunkan kemudahan jalan raya sepanjang 27 kilometer dari Kampung Mukut ke Kampung Salang di pulau peranginan itu bagi kemudahan penduduk sekitar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata penduduk di pulau pelancongan itu memang amat mengharapkan pembinaan jalan raya berkenaan bagi memudahkan pergerakan mereka di kawasan itu.
"Kami juga berharap pelaksanaannya dapat dilakukan dalam cara yang holistik supaya tidak berlaku masalah pencemaran alam sekitar," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program publisiti dan penyertaan awam draf rancangan kawasan khas (RKK) Pulau Tioman di sini, pada Selasa.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia Datuk Mohd Anuar Maidin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.
Mohd Johari berkata satu lagi projek yang memang diharapkan penduduk ialah pembinaan marina atau mini pelabuhan di setiap jeti hentian, bagi memudahkan perjalanan keluar masuk bot kecil persendirian.
"Pembinaan marina ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan di jeti sedia ada yang digunakan feri sebagai pengangkutan utama di sini bagi mengambil dan menurunkan penumpang, yang memuncak pada hujung minggu ekoran kedatangan pelancong," katanya.
Beliau berkata 88 projek dan program terdiri daripada 30 projek berimpak tinggi, 41 projek 'Entry Point' dan 17 program 'Quick Win' juga dikenal pasti untuk dilaksanakan pada RKK Pulau Tioman.
Katanya kerajaan juga membuka peluang kepada rakyat untuk memberikan maklumbalas pelaksanaan RKK itu menerusi program publisiti dan penyertaan awam yang berlangsung selama sebulan bermula 1 Ogos lalu.
"Kita memerlukan pandangan, maklumbalas, bantahan dan rayuan daripada pihak berkepentingan seperti penduduk, pertubuhan, badan persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), pemaju dan sebagainya.
"Ini amat penting dalam memastikan pembangunan Pulau Tioman seiring dengan muafakat penduduk setempat yang menjadi nadi kehidupan di sini. Kita tidak mahu hak awam diketepikan, malah memberi peluang secukupnya kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
![Jalan raya 27 kilometer antara sasaran masa depan Pulau Tioman Jalan raya 27 kilometer antara sasaran masa depan Pulau Tioman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565099429_PulauTioman.jpg)
Mohd Johari (tengah) ketika sesi bergambar pada Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Tioman di Kampung Tekek. - Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575524653_TBPUMNO.jpg)
Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO
Asyraf berkata, perkara itu nyata telah menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini.
![Belanjawan 2021: Peruntukan RM7.35 bilion untuk KKR jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi - Fadillah Belanjawan 2021: Peruntukan RM7.35 bilion untuk KKR jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605686962_FadillahYusof.jpg)
Belanjawan 2021: Peruntukan RM7.35 bilion untuk KKR jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi - Fadillah
Peruntukan itu membabitkan RM 6.088 bilion bagi Bajet Pembangunan dan RM1.26 bilion (pengurusan).
![PRN Sabah: Golongan muda mahu isu capaian internet, infrastruktur di Sabah diselesaikan PRN Sabah: Golongan muda mahu isu capaian internet, infrastruktur di Sabah diselesaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81601105716_ShaanGom.jpg)
PRN Sabah: Golongan muda mahu isu capaian internet, infrastruktur di Sabah diselesaikan
Pemimpin yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Sabah perlu melihat isu infrastruktur dan capaian internet di negeri itu ditingkatkan.
![Minggu penting untuk rancangan infrastruktur - Trump Minggu penting untuk rancangan infrastruktur - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518476118_Trump.jpg)
Minggu penting untuk rancangan infrastruktur - Trump
Presiden AS Donald Trump menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penting buat rancangan infrastrukturnya yang menjangkakan perbelanjaan AS$1.5 trillion selama sedekad.