Jalan Petaling harus dibangunkan semula dengan identiti masyarakat Cina dari segi perniagaan dan seni budaya bagi menarik lebih ramai pelancong asing berkunjung ke kawasan itu.
Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata usaha itu penting memandangkan Jalan Petaling merupakan kawasan tumpuan pelancong yang dikenali dengan nama China Town kerana ia mencerminkan sosiobudaya Cina di negara ini.
"Selain sebagai kawasan tumpuan pelancong, Jalan Petaling turut merupakan salah satu tempat bersejarah yang menyaksikan masyarakat Cina bertapak di Tanah Melayu sejak lebih 200 tahun lalu.
"Setiap tahun, apa-apa sahaja perayaan berkaitan dengan kaum Cina akan diadakan di sini kerana hampir 100 peratus peniaga dan penduduk di Jalan Petaling terdiri daripada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur di Jalan Petaling, hari ini.
Chong berkata usaha badan bukan kerajaan serta penduduk Cina di sekitar Jalan Petaling mengekalkan sosiobudayanya sejak sekian lama, tidak memadai jika tiada sokongan daripada kerajaan.
"Agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan harus memberi tumpuan dari segi pembangunan fasiliti di sekitar Jalan Petaling bagi meningkatkan industri pelancongan sekali gus memantapkan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan gerai yang dimiliki warga tempatan tetapi dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.
"Bagi mengembalikan identiti Jalan Petaling sebagai China Town, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis bagi mengatasi masalah gerai 'Ali Baba' yang dikuasai warga asing," katanya.
Ang berkata setakat ini sebanyak 773 penjaja dan peniaga Jalan Petaling berdaftar dengan pihaknya dengan 100 peratus dimiliki kaum Cina.
Bernama
Thu Feb 18 2016
![Jalan Petaling harus dibangun semula dengan identiti masyarakat Cina - Pemuda MCA Jalan Petaling harus dibangun semula dengan identiti masyarakat Cina - Pemuda MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442128491_PetalingStreet.jpg)
Chong Sin Woon berkata usaha itu penting memandangkan Jalan Petaling merupakan kawasan tumpuan pelancong yang dikenali dengan nama 'China Town' kerana ia mencerminkan sosiobudaya Cina di negara ini. -Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kampung Cina Terengganu bakal dijenama semula sebagai 'China Town' Kampung Cina Terengganu bakal dijenama semula sebagai 'China Town'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696903776_RazaliIdris.jpg)
Kampung Cina Terengganu bakal dijenama semula sebagai 'China Town'
Pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina dalam masa terdekat.
![Lampu 2019 meriahkan Putrajaya, tonjol kepelbagaian Malaysia Lampu 2019 meriahkan Putrajaya, tonjol kepelbagaian Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51577461912_Lampu.jpg)
Lampu 2019 meriahkan Putrajaya, tonjol kepelbagaian Malaysia
Lampu Light and Motion Putrajaya 2019 akan bermula Sabtu sehingga ambang tahun baru pada 31 Disember depan.