KUALA LUMPUR: Jalan Maarof di Bangsar yang ditutup sepenuhnya malam tadi sudah mula dibuka separuh untuk kegunaan penduduk setempat.
Beberapa kerosakan kecil sudah ditampal dan difahamkan sejak pagi tadi, satu laluan sudah dibuka bagi melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.
BACA: Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL
Tinjauan Astro AWANI mendapati, laluan tersebut sudah mula sibuk kira-kira jam 10 pagi tadi dengan banyak kenderaan mula melalui jalan tersebut.
Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kontraktor juga sedang sibuk membaiki jalan yang rosak terutamanya bersebelahan pondok bas di bahu jalan.
Tiang dan cermin di pondok bas tersebut juga telah dirobohkan menggunakan sebuah jengkaut dan difahamkan kerja-kerja dimulakan sejak awal pagi tadi.
Beberapa penduduk tempatan yang ditemui mendakwa sistem saliran yang sudah lama menyebabkan longkang di kawasan itu tidak mampu menampung air berlebihan ketika hujan lebat.
Mereka mengharapkan sistem saliran di kawasan itu diperbaiki memandangkan ia berhampiran jalan utama dan dikelilingi pembangunan yang pesat.
Dalam pada itu, sumber memaklumkan kontraktor akan memecahkan lantai pondok bas berkenaan dan memasang 'culvert' baharu di dalam longkang tersebut.
"Kalau lihat pada keadaan, nampaknya dinding longkang pecah dan akan digantikan dengan 'culvert'.
"Bila dinding longkang pecah dan jatuh ke dalam longkang, air tidak dapat mengalir dengan baik dan kemudian melimpah ke jalan dan menyebabkan kerosakan teruk," ujarnya.
DBKL dalam satu kenyataan di akaun Facebook memaklumkan jalan tersebut ditutup secara keseluruhan kepada lalu lintas sehingga jam 5 pagi Ahad untuk membolehkan kerja-kerja tampalan sementara jalan yang rosak dilaksanakan.
Menurutnya, dua lorong (selepas Public Bank ke lampu isyarat) telah dibuka semula kepada kenderaan awam sebaik sahaja kerja selesai dilaksanakan.
Manakala satu lorong akan ditutup selama dua minggu bagi kerja-kerja perobohan hentian bas untuk membolehkan pelaksanaan pembaikan longkang dan membaiki jalan.
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan mendapan dan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar.
Menerusi video yang dikongsikan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kerosakan dan mendapan sepanjang kira-kira 200 hingga 300 meter itu menyebabkan jalan tersebut ditutup buat sementara waktu.
Laluan tersebut pernah menyaksikan kejadian mendapan di tengah jalan raya pada Mei 2015.
Ridauddin Daud
Sun May 02 2021
Tiang dan cermin di pondok bas diroboh menggunakan jengkaut bagi memudqahkan pemasangan 'culvert' baharu di dalam longkang di lokasi itu. -Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
39 individu ditahan terlibat perjudian dalam talian
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di Jalan Bangsar
Mangsa yang dipercayai berusia 30an itu ditemukan di tengah laluan di jalan tersebut pada jam 5.38 pagi oleh orang awam.
Pemandu mabuk: Lelaki Australia didenda RM5,000
Pegawai pendakwa Insp Abdullah Khazali menggesa mahkamah mengenakan hukuman keras memandangkan ia adalah kesalahan buat kali kedua, manakala Simon memohon maaf dan merayu denda minimum.
Tiada lagi mangsa runtuhan jejambat - Polis
Polis hari ini mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar.
Insiden runtuh di Jalan Bangsar, pasukan pakar ditubuhkan - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pasukan tersebut dianggotai pakar daripada Kementerian Kerja Raya, CIDB, DOSH dan DBKL
Banjir kilat KL: Air naik dengan pantas, banyak kereta tenggelam - Saksi
Sebanyak empat jalan utama dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi.
Banjir kilat tenggelamkan empat jalan utama di KL
Hujan lebat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi menyebabkan banjir kilat dan sebanyak empat jalan utama terjejas teruk.