Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh

Bernama
Mei 25, 2024 19:27 MYT
Cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.
JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Sabah #tanah runtuh #Jalan rosak #Jalan Kota Kinabalu-Tenom
;