Jalan Habu-Boh Tea, Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh

Sinar Harian
Januari 21, 2024 12:20 MYT
Lokasi penutupan sementara laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate berikutan kejadian tanah runtuh. Foto Facebook/JKR Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS: Laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate, Habu di sini ditutup sementara kepada pengguna jalan raya berikutan kejadian tanah runtuh.
Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Datuk Ir Hafizah Zakaria berkata, penutupan laluan bermula 19 Januari lalu sehingga 2 Februari depan melibatkan kedua-dua arah.
Menurutnya, tempoh penutupan tertakluk kepada kerja-kerja pembaikan.
"Penutupan jalan secara sementara dalam tempoh ditetapkan itu perlu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
"Tiada laluan alternatif dibuka, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut papan tanda di lokasi kejadian dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya melalui notis yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands. - Sinar Harian
#penutupan sementara laluan #Habu #Boh Tea Estate #Cameron Highlands
;