Jalan ditutup akibat banjir di Kelantan

Wanna Abd Rahim
Disember 19, 2022 12:05 MYT
Jalan jalan di Kelantan yang terjejas akibat banjir tidak dapat dilalui kenderaan ringan setakat ini melibatkan beberapa laluan di jajahan Tanah Merah, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Kota Bharu.
KOTA BHARU: Jalan jalan di Kelantan yang terjejas akibat banjir tidak dapat dilalui kenderaan ringan setakat ini melibatkan beberapa laluan di jajahan Tanah Merah, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Kota Bharu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zainal @Jainal Madasin, kebanyakan jalan sudah ditutup kepada semua kenderaan sementara beberapa jalan dibuka dengan satu lorong kepada semua kenderaan serta ditutup kepada kenderaan ringan.
"Laluan yang telah dikemas kini daripada maklumat yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak dapat dilalui dan ditutup adalah Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor, Jalan By Pass Machang, Jalan Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau PanjangJalan Panglima Batu - Rantau Panjang - Jeram Perdah, Jalan Tok Deh - Gual Periok dan Jalan Panglima Bayu - Rantau Panjang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Zainal, antara jalan alternatif yang ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Ke Loji Air Bukit Remeh, Jalan Bukit Panau - Bendang Nyior, Jalan Tanah Merah/Kusial/Kg Ipoh Batu 8, Jalan Pengkalan Rakit - Batu Karang Jalan SK Gual Tok Deh Jalan SK Gual Tok Deh, Jalan Bakat - Kubang Kuau, Jalan Sekolah Cina Jalan Bunga Raya, Jalan Banggol Kulim, Jalan Lubok Kiat - Kubang Kuau.
Tidak ketinggalan Jalan Lubok Jong - Bulatan Pohon Tanjong Jalan pangkal meleret limau hantu, Jalan Kemuning - Sg. Merkam, Jalan Batu 30 / Temangan, Jalan Wakaf Bata / Kg. Cina (Kg. Padang Kelupang) Jalan Kg. Pek / Paloh Rawa, Jalan Paloh Rawa / Temangan, Jalan Labok - Banggol Judah, Jalan Sungai Mati (KM 4) Kerawang, Jalan Pulai Chondong -Kemubu, Jalan Sg. Durian / Chenulang, Jalan Gaal-Kg Bukit, Jalan Pasir Puteh - Gong Kelih, Jalan Cabang Empat-Kg.Jambu-Meranti dan Jalan Pasir Pekan Hilir-Pohon Tanjong.
Manakala bagi jalan cerun, air melimpah atas jalan dan jalan mendap yang ditutup masing-masing termasuklah Jalan Bukit Pauh - Kuala Tiga, Jalan Tanah Merah/kusial/Kg. Ipoh Batu 8, Jalan Kg. Ipoh/kg.baru Ulu kusial/berdang, Jalan Pasir Mas - Tanah Merah, Jalan Sultan Ismail Petra Jalan By Pass Machang, Jalan Cabang Tiga Berangan - Tumpat, Jalan Cabang Tiga Berangan - Tumpat Jalan Cabang Tiga Morak - Kebakat, Jalan Wakaf Bharu - Palekbang, Jalan Cabang Tiga Berangan - Tumpat Jalan Dato' Keramat dan Jalan Perupok/Pengkalan Petah.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang berlindung di 94 buah Pusat Pemindahan Banjir (PPS) meningkat kepada 12, 345 mangsa dengan melibatkan 3,008 keluarga setakat pukul 12 tengah malam tadi.
#banjir #banjir di Kelantan #jalan ditutup #Jajahan Tanah Merah
;