Jalan Damansara, Persiaran Surian ditutup mulai Rabu

Bernama
Disember 4, 2012 08:38 MYT
Lorong paling kanan Jalan Damansara dan Persiaran Surian, di kedua-dua hala, akan ditutup selama tujuh hari mulai Rabu untuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT).
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak berkata penutupan itu yang meliputi jarak 100 meter di kedua-dua hala jalan raya itu akan ditutup dari 11 malam hingga 5.30 pagi setiap hari.
Jalan Damansara, Kuala Lumpur dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di kedua-dua hala, penutupan pada sebelah malam membabitkan dua bahagian, iaitu di hadapan bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan satu lagi di hadapan bekas Stesen Caltex.
Sementara itu, bagi Pesiaran Surian ia bermula di Kondominium Pelangi Damansara hingga Kondominium Surian, Mutiara Damansara, di kedua-dua hala, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Persiaran Surian ialah jalan raya utama perbandaran itu menghubungkan Damansara ke Sungai Buloh dan Shah Alam. Ini adalah sebab penutupan itu dihadkan pada sebelah malam. Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penempatan semula utiliti di tapak itu," katanya.
-- BERNAMA
#ditutup #jalan damansara #MRT #Persiaran Surian
;