Jalan berlopak di KL: Hubungi nombor peribadi Shahidan di 019-4545111

Hasimi Muhamad
Oktober 7, 2021 13:33 MYT
Bukan hanya nombor telefon peribadinya, bahkan Shahidan juga kongsi nombor telefon timbalannya serta Datuk Bandar Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan menyelesaikan aduan mengenai kerosakan jalan di Kuala Lumpur dalam masa 24 jam.
Bukan itu sahaja, Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mendedahkan nombor telefon peribadinya untuk sesiapa sahaja membuat aduan berhubung kerosakan jalan di ibu negara.
Shahidan berkata, Kementerian turut mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau keadaan jalan raya berdekatan projek pembangunan dan kawasan tumpuan utama.
Untuk tindakan segera, Shahidan turut berkongsi nombor telefon Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
"Saya telah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan mana-mana aduan dan rungutan dan makluman kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam.
"Yang Berhormat boleh hubungi Menteri (019-4545111); Timbalan Menteri (019-6524444) serta Datuk Bandar (016-206888).
"Kami bersiap-siaga 24 jam. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baharu datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak dan berbahaya, hubungi dan kita ambil tindakan dalam masa 24 jam," katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.
\
Shahidan kongsi nombor telefonnya, Timbalan Menteri dalam Dewan Rakyat
Tindakan Shahidan mendedahkan nombor telefon berkenaan mendapat pujian segelintir Ahli Parlimen yang menyifatkannya sebagai "hebat".
Sementara itu, P. Prabakaran (PH-Batu) mengucapkan terima kasih atas tindakan berani memberikan nombor telefon tersebut untuk dihubungi.

Rakyat Malaysia boleh hubungi, yang baru datang Kuala Lumpur, terjumpa jalan berlopak dan bahaya, hubungi dan kita akan ambil tindakan dalam masa 24 jam. - DS Shahidan Kassim#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/wVv6wMaXnP

— Astro AWANI (@501Awani) October 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dewan Rakyat #DBKL #Shahidan Kassim #Jalan rosak
;