Jalan Batang Kali-Genting dibuka semula 3 petang esok

Bernama
Jun 30, 2024 14:07 MYT
Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok. - Foto Facebook JKR Hulu Selangor
KUALA LUMPUR: Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok.
JKR Hulu Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna jalan raya boleh melalui laluan berkenaan bermula 3 petang.
Kenyataan itu juga menyebut kerja turapan di laluan itu telah dijalankan pada 27 hingga 29 Mei lepas.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641058, 03-60641058 dan 03-60641073.
Sebelum ini Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan.
Tragedi tanah runtuh pada 16 Dis 2022 itu mengorbankan 31 nyawa.
-- BERNAMA
#Jalan Batang Kali-Genting #laluan B66 #Father's Organic Farm #dibuka semula