Jakim rujuk ceramah Zamihan ke Lembaga Tatatertib
Harits Asyraf Hasnan
Oktober 11, 2017 21:29 MYT
Oktober 11, 2017 21:29 MYT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan untuk merujuk isu ceramah disampaikan Ustaz Zamihan Mat Zain yang viral di media sosial kepada Lembaga Tatatertib Jakim untuk tindakan lanjut.
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius ceramah tersebut yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Ceramah beliau yang telah dimuat naik dalam Youtube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor.
"Justeru, JAKIM telah memanggil Ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Zamihan kini bertugas pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Penjara Kajang.
#ceramah
#JAKIM
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Othman Mustapha
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#Zamihan Mat Zain