JAKIM nafi keluar garis panduan sambutan Aidilfitri jika masih dalam tempoh PKP

Astro Awani
April 29, 2020 14:02 MYT
Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluraga tanpa khutbah hari raya; dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam. - Gambar fail
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di laman sosial, sejak semalam.
JAKIM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan tersebut dianggap tidak sah.
"JAKIM menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP," demikian katanya.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung garis panduan untuk umat Islam meraikan Aidilfitri sekiranya PKP masih berkuat kuasa.
Sumber Facebook MyJAKIMmalaysia
Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya; dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam.
Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
#Aidilfitri #COVID-19 #Facebook #garis panduan #hari raya #Islam #JAKIM #khutbah #laman sosial #media sosial #nafi #Panduan Sambutan Aidilfitri #PKP #rumah terbuka #sambutan aidilfitri #solat sunat #takbir raya #Tular
;