Sebuah premis memproses muruku di Kajang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam selepas dikesan menggunakan logo halal tidak sah pada bungkusan produk makanan ringan berkenaan.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata serbuan kira-kira pukul 11 pagi hasil aduan orang ramai itu dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.
"Semakan menerusi sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan logo halal digunakan pada bungkusan produk muruku itu juga tidak sah.
Hasil siasatan turut mendapati produk makanan ringan itu dijual secara meluas di pasar raya berhampiran premis berkenaan, kedai serbaneka 24 jam, kedai-kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pemilik premis berkenaan didapati menggunakan label jenama nama wanita Islam sebagai strategi bagi mengelirukan umat Islam bahawa muruku itu adalah keluaran produk Muslim yang boleh dimakan tanpa was-was.
Justeru kata Mohd Shahzihan, JAIS merampas 138 kotak makanan ringan berkenaan dan 960 kotak bertanda logo halal tidak sah bernilai RM14,819.00.
"Rampasan dan siasatan dilakukan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda maksimum RM200,000," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja namun hanya dua sahaja rakyat tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja asing dan disyaki tidak mempunyai dokumen atau permit kerja yang sah.
Mohd Shahzihan berkata pemeriksaan ke atas premis itu juga menunjukkan ia berada dalam keadaan sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan ringan berkenaan.
"PKD Hulu Langat juga mengambil tindakan terhadap premis itu mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan Peraturan 7(1) ekoran tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis serta arahan penutupan premis dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam terutamanya umat Islam supaya sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan serta memastikan logo digunakan adalah asli dan diiktiraf oleh JAIS atau Jakim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020
![JAIS serbu premis proses muruku guna logo halal palsu JAIS serbu premis proses muruku guna logo halal palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41593667653_muruku.jpg)
Pemilik premis berkenaan didapati menggunakan label jenama nama wanita Islam sebagai strategi bagi mengelirukan umat Islam. - Gambar hiasan
![Olimpik Paris 2024: Kenapa bangsa Korea sangat hebat memanah? Olimpik Paris 2024: Kenapa bangsa Korea sangat hebat memanah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722319558_BangsaKoreasangat.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kenapa bangsa Korea sangat hebat memanah?
Kehebatan bangsa Korea mendominasi acara memanah di Olimpik bagi kategori wanita tidak asing lagi.
AWANI Ringkas: Peraturan baharu siber bukan sekat kebebasan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722318530_DatukSeriAlexander.jpg)
Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta
Pengaktifan laluan Smart Lane di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor.
![Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur - PM Anwar Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722318166_AnwarIbrahim.jpg)
Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur - PM Anwar
Kerajaan akan terus mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan, termasuk yang berkaitan Sabah.
AWANI Ringkas: Kerajaan lulus peruntukan tambahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648722724_LapanganTerbang.jpg)
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
![FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678116192_blood.jpg)
FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon
Syarikat itu merancang untuk melancarkan produk ini dalam masa terdekat.
![Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722317233_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM
Perdana Menteri menasihatkan nelayan di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China.
Ribuan pepatung penuhi Rhode Island
Ribuan pepatung dilaporkan memenuhi lokasi berhampiran Pantai Misquamicut, di Westerly, Rhode Island pada Sabtu.
41 terkorban, ratusan terperangkap di selatan India
Sementara itu, akhbar Indian Express melaporkan ratusan orang dikhuatiri terperangkap susulan insiden tersebut
![Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661768294_SanyHamzah.jpg)
Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany
Terdapat dua matlamat yang rakyat harapkan ketika pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara iaitu pelaburan dan membina hubungan baik.
![Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662039260_watertap.jpg)
Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air
Kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi tadi.
![Banjir Hulu Langat: Trauma tahun lalu belum hilang, penduduk bimbang tragedi berulang Banjir Hulu Langat: Trauma tahun lalu belum hilang, penduduk bimbang tragedi berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664537279_TBBANJIRHULULANGAT.jpg)
Banjir Hulu Langat: Trauma tahun lalu belum hilang, penduduk bimbang tragedi berulang
Kini penduduk sekitar daerah berkenaan diburu kebimbangan kemungkinan tragedi yang sama bakal berulang.
![Rakan mangsa tembak di Hulu Langat direman - Polis Rakan mangsa tembak di Hulu Langat direman - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628612216_ACPMohdZaidHassan.jpg)
Rakan mangsa tembak di Hulu Langat direman - Polis
Tiga rakan kepada lelaki yang maut akibat terkena tembakan daripada selaras senapang patah di kebun durian berhampiran Sungai Gabai, Hulu Langat, semalam, direman selama lima hari.
![Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644854483_ACPMohdZaidHassan.jpg)
Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan
Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, pagi tadi.
![Lebih 150 cerun di Selangor berisiko tinggi berlaku tanah runtuh Lebih 150 cerun di Selangor berisiko tinggi berlaku tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647004420_IrIzhamHashimExc.jpg)
Lebih 150 cerun di Selangor berisiko tinggi berlaku tanah runtuh
Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lebih 150 cerun yang berisiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh terutama sekitar Gombak, Ampang dan Hulu Langat.
![Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645717986_FadillahYusof.jpg)
Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai
Kerja-kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan itu hujung tahun lepas hampir selesai.
![Penyampai berita Astro AWANI bersiaran dari Hulu Langat, selami realiti mangsa banjir Penyampai berita Astro AWANI bersiaran dari Hulu Langat, selami realiti mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640961099_TBAWANI.jpg)
Penyampai berita Astro AWANI bersiaran dari Hulu Langat, selami realiti mangsa banjir
Penyampai berita Astro AWANI meninggalkan seketika set di studio dan bersiaran secara langsung dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
![Banjir: Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit Banjir: Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640767301_TBPENIAHGAHULLANGAT.jpg)
Banjir: Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit
Lebih menyedihkan, ada segelintir mereka yang mengakui sudah menyerah kalah dan buntuh melihat keadaan premis yang seolah-olah dipukul tsunami
![Banjir: Terpaksa cari kain kapan lebih satu jam - Setiausaha Surau Al-Talbiah Banjir: Terpaksa cari kain kapan lebih satu jam - Setiausaha Surau Al-Talbiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640764938_hululangatbanjir.jpg)
Banjir: Terpaksa cari kain kapan lebih satu jam - Setiausaha Surau Al-Talbiah
Semua kelengkapan untuk mengafankan jenazah di Surau Al-Talbiah rosak akibat dilanda banjir.