'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada

Astro Awani
Mei 17, 2018 10:23 MYT
Maruah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor seharusnya dijaga dalam proses pendakwaan dan pembongkaran kes yang disyaki terlibat dengannya. - FotoBERNAMA
Maruah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor seharusnya dijaga dalam proses pendakwaan dan pembongkaran kes yang disyaki terlibat dengannya.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata sumbangan besar ayahanda Najib, Tun Abdul Razak Hussein sebagai bekas perdana menteri perlu diambil kira.
"Kita mesti membuat pendakwaan sepenuhnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi tidak sepatutnya memalukan mereka dalam proses berkenaan.
"Proses yang sepatutnya serta piawaian perundangan yang tinggi mesti dilaksanakan.
"Dalam semangat menyambut Ramadan, kita wajar memberikan kemaafan tetapi jangan lupa untuk mempertahankan keadilan," katanya di Facebook.
Selain itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad turut bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, beliau juga pernah menjadi mangsa tahanan polis pada pukul 2.30 pagi.

I am in full agreement with Izzah on this issue. Need to investigate but no need to humiliate or transgress their rights as such. Upon completing investigations, charge. No reason to investigate until 4 am. I was once taken at 2.30 am. https://t.co/9Ey8RIYkfC

— Khalid Samad (@KhalidSamad) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sangat bersetuju dengan Nurul Izzah dalam isu ini. Siasatan harus dilakukan tetapi tidak perlu memalukan atau melampaui batas hak mereka dan sebagainya.
"Selepas selesai dakwaan, dakwa. Tiada sebab untuk siasat sehingga 4 pagi. Saya pernah ditahan pukul 2.30 pagi," katanya di Twitter peribadinya hari ini.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menerusi Twitter menzahirkan kekesalan berhubung tindakan polis menggeledah kediaman Najib lewat malam tadi.
Beliau berkata sebagai bekas mangsa serbuan yang berlaku pada dinihari suatu ketika dahulu, beliau membantah tindakan PDRM menjalankan operasi di kediaman milik figura politik itu pada waktu sebegitu.
#1MDB #Khalid Samad #mangsa #Najib Razak #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #operasi #PDRM #Permatang Pauh #PKR #Ramadan #Rosmah Mansor #siasatan #Wong Chen