Jadikan undi lebih mudah dan selamat - Pengerusi Bersih 2.0

Eton Khir
Ogos 6, 2021 17:45 MYT
Kerajaan tidak boleh menggunakan alasan darurat untuk menghenti atau menangguhkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pandemik COVID-19 yang merebak sejak dua tahun lepas secara tidak langsung telah menyekat dan menyukarkan hak mengundi serta akses kepada pengundian.
Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan darurat untuk menghenti atau menangguhkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Ketika pandemik ini, kita ada cabaran yang baharu, iaitu keselamatan pengundi-pengundi semasa pilihan raya.
"Kita juga percaya situasi pandemik ini tidak akan tamat dalam masa jangka pendek.
"Maka atas dasar itu kerajaan harus bersiap sedia untuk menjalani pilihan raya dengan selamat," katanya semasa Majlis Pelancaran Laporan Kajian BERSIH 2.0, bertemakan Meningkatkan Akses Pengundian Dalam Pilihan Raya Di Malaysia" secara maya pada Jumaat.
Tambahnya, laporan itu telah mengenal pasti beberapa halangan bagi pengundi untuk menggunakan hak mereka sebagai pengundi.
"Kertas (laporan) ini bukan hanya untuk kita menyelidik, malah dalam masa sama untuk melihat apakah tindakan atau pelaksanakan yang diambil oleh negara lain dalam menjalani pilihan raya mereka," katanya.
Di samping itu, turut melibatkan konsultasi bersama stake holder seperti pilihan raya, Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dari universiti dan juga orang awam.
Justeru, diharap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan lain yang berkaitan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan pada PRU15 nanti.
#Bersih #COVID-19 #Malaysia #NGO #pandemik #pilihan raya #pilihan raya umum #Suruhanjaya Pilihan Raya #Bersih 2 0 #PRU-15
;