KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan stesen radio kendaliannya Tawau.FM menyiarkan azan maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan semalam.
Pengarahnya Zulkefli Mohd berkata, jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa, bagaimanapun penyiaran azan maghrib empat minit lebih awal semalam adalah tidak disengajakan.
"Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Sabah memandang serius perkara ini dan akan memastikan waktu siaran azan diberi perhatian dan keutamaan kerana melibatkan kepentingan umat Islam khasnya," menurut beliau dalam kenyataan malam ini.
Semalam, pada hari pertama umat Islam berpuasa, seorang penyampai stesen radio tempatan di Tawau telah tersilap menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah itu dan kejadian tersebut tular di media sosial sehingga netizen mendakwa ada penduduk tersalah berbuka puasa.
Penyampai itu Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya meminta maaf dan mengakui kesilapannya serta menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.
Hari ini, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar dilapor berkata individu yang tersalah berbuka puasa kerana mengikut azan maghrib di radio yang disiarkan lebih awal daripada waktunya, puasa mereka dikira terbatal dan wajib diganti selepas bulan Ramadan berakhir mengikut hukum syarak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Masjid di Gombak mohon maaf laung azan Maghrib terawal tiga minit, puasa terbatal
Kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Yabang Khalifah alun azan di Astro Awani
Pemilihan Yabang itu berikutan ramai memperkatakan tentang kelunakan dan kemampuan penyanyi dengan nama sebenarnya Awang Sulong Hj. Oyong, itu berqasidah.