Jabatan Peguam Negara teliti isu saman AES

Astro Awani
Disember 18, 2012 22:15 MYT
Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti perkara berkaitan saman yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Langkah itu diambil berikutan kebimbangan yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung undang-undang dan perkara teknikal, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataan.
Beliau berkata semua prosiding mahkamah yang berkaitan juga dibekukan sehingga kebimbangan berkenaan selesai ditangani.
"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.
Mengenai empat kes saman yang dilepas tetapi tidak dibebaskan, Abdul Gani berkata ia akan dikaji semula dan didaftarkan kembali jika pendakwaan perlu dilakukan.
#AES #Gani Patail #kemalangan #Peguam Negara #saman