Jabatan Peguam Negara nafi keluarkan kenyataan pendakwaan KSN

Hafizi Rosli
Mei 7, 2023 03:30 MYT
AGC menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pendakwaan ke atas KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) nafi mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai pendakwaan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, AGC membuat kenyataan penafian itu merujuk kepada kenyataan media palsu yang tular di media sosial berkaitan pendakwaan ke atas Mohd Zuki.
Jelasnya, pihak Jabatan Peguam Negara menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Terdahulu, satu kenyataan akhbar tular di media sosial kononnya dikeluarkan AGC berkaitan pendakwaan terhadap KSN.
Kenyataan yang bertarikh 5 Mei itu lengkap dengan nombor rujukan fail, kepala surat jabatan dan diakhiri dengan pengesahan kandungan oleh Peguam Negara.
#Jabatan Peguam Negara #KSN #zuki ali #AGC