Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat Taufan Vamco

Bernama
November 11, 2020 23:35 MYT
MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan (VAMCO) yang berada di kedudukan 1,108 kilometer (km) ke timur laut Sandakan di Sabah.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu kira-kira 333 km ke barat laut Pulau Samar di Filipina.
"Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, angin taufan itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j).
"Kelajuan angin taufan itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 126 km/j," menurut kenyataan itu.
Justeru, MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
-- BERNAMA
#China #Sandakan #Malaysia #Filipina #taufan #Jabatan Meteorologi Malaysia #MetMalaysia #Sabah #Pulau Samar
;