Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan

Bernama
April 17, 2021 15:00 MYT
MetMalaysia mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,412 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,412 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 477 km ke timur laut Tacloban, Filipina.
Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, angin taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 203 km/j.
MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.
-- BERNAMA
#taufan #Jabatan Meteorologi Malaysia #MetMalaysia #SURIGAE #Sandakan #Sabah #Tacloban #Filipina