Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi mengesan dan memastikan individu-individu atau penganjur berkaitan pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, tidak menjejakkan kaki mereka ke negara ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata jika JIM mengesan individu-individu terbabit ini cuba memasuki negara, mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63.
Katanya, pihaknya dengan tegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membawa gejala yang tidak sihat, tidak bermoral dan yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan serta kedaulatan negara ini.
"JIM dengan tegas akan menolak kemasukan individu atau penganjur yang cuba memasuki negara ini bagi menyertai pesta gay itu. Tindakan yang tegas itu diambil selaras dengan arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mustafar, seramai 46,551 individu telah ditolak kemasukan ke negara ini di atas pelbagai kesalahan imigresen dari 1 Jan sehingga 30 Jun ini.
Semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept.
Beliau dilaporkan berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskannya.
Laporan sebuah laman portal mengatakan satu acara gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, bagi mempromosikan acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu "White Party Bangkok" di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2017
![Jabatan Imigresen pastikan individu, penganjur pesta gay tidak memasuki Malaysia Jabatan Imigresen pastikan individu, penganjur pesta gay tidak memasuki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496725997_DSMustafarAli.jpg)
Mustafar berkata, seramai 46,551 individu telah ditolak kemasukan ke negara ini di atas pelbagai kesalahan imigresen dari 1 Jan sehingga 30 Jun ini. - Gambar fail
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
![Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500 Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640734862_Shoppers.jpg)
Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500
Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.
![Kes cacar monyet di Sepanyol terkait aktiviti sauna golongan gay Kes cacar monyet di Sepanyol terkait aktiviti sauna golongan gay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653114766_Sauna.jpg)
Kes cacar monyet di Sepanyol terkait aktiviti sauna golongan gay
Jabatan Kesihatan Awam akan menjalankan analisis terperinci untuk mengawal penularan dan memutuskan rantaian jangkitan.
![Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah? Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652931401_PortugalMonkeypox.jpg)
Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
![Drama gay: Kami mangsa kerakusan produksi tidak bertanggungjawab! - Danish Iskandar Drama gay: Kami mangsa kerakusan produksi tidak bertanggungjawab! - Danish Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639209238_TBDanishIskandar.jpg)
Drama gay: Kami mangsa kerakusan produksi tidak bertanggungjawab! - Danish Iskandar
Malah jelasnya adegan-adegan yang terkait dengan perwatakan sejenis itu sebenarnya tidak wujud dalam skrip asal lakonan dan pihak produksi telah meminta untuk ditambah ketika penggambaran berlangsung.
![Cadangan pinda undang-undang syariah berkaitan LGBT perlu dibuat secara berhemah - Zulkifli Cadangan pinda undang-undang syariah berkaitan LGBT perlu dibuat secara berhemah - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611710908_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Cadangan pinda undang-undang syariah berkaitan LGBT perlu dibuat secara berhemah - Zulkifli
Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 haruslah ditangani secara berhemah.
![Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609062121_TBAhmadMarzukShaary.jpg)
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
![KDN warta perintah larangan terhadap dua buku KDN warta perintah larangan terhadap dua buku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608335803_DatukWanAhmad.jpg)
KDN warta perintah larangan terhadap dua buku
Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.
![Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595050027_ZulkifliMohamad.jpg)
Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
![Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube! Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583719210_bunkface-youtube-header.jpg)
Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!
Lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.
![Hanya kerana 1 dolar, lelaki maut bergelut dengan perompak Hanya kerana 1 dolar, lelaki maut bergelut dengan perompak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61577588444_LelakiMati.jpg)
Hanya kerana 1 dolar, lelaki maut bergelut dengan perompak
Perompak mengambil wang tunai satu dolar Amerika sebelum melarikan diri.