KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan bersetuju dengan Laporan Interim yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK), bertujuan mengkaji dakwaan dalam buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan akhir yang disediakan PPK akan dibentang untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.
"PPK dijangka menyiapkan laporan penuh menjelang penghujung bulan Jun 2022.
"Kerajaan amat komited dalam meneliti isu berbangkit berhubung badan perundangan dan kehakiman negara bahkan penubuhan PPK ini merupakan antara langkah untuk memperkasa sistem keadilan Malaysia ke tahap terbaik," katanya yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan itu hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 22 Dis lepas bersetuju dengan penubuhan, keahlian dan terma rujukan PPK berhubung Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan dalam Buku Bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Wan Junaidi berkata pasukan itu telah mengadakan 10 mesyuarat melibatkan sesi perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan serta individu yang dikenal pasti mulai 23 Dis 2021 hingga 12 April lepas.
"PPK ini adalah sebuah pasukan yang memberi fokus kepada pencarian fakta terhadap dakwaan dalam buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas.
"PPK telah menjalankan pemerhatian dan analisis secara menyeluruh terhadap buku tersebut berpandukan kepada terma rujukan yang telah diluluskan oleh Kabinet," katanya sambil menambah pasukan itu dipengerusikan bekas Peguam Besar Negeri Sarawak dan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung.
PPK dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Dr Junaidah Kamarruddin.
Turut menganggotai PPK itu bekas hakim dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jagjit Singh Bant Singh, peguam Datuk Shaharudin Ali dan K.Balaguru serta wakil kerajaan Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
![J/kuasa pemantauan bersetuju laporan interim PPK kaji dakwaan dalam buku Tommy Thomas J/kuasa pemantauan bersetuju laporan interim PPK kaji dakwaan dalam buku Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612661483_TommyThomas.jpg)
esyuarat Jawatankuasa Pemantauan bersetuju dengan Laporan Interim yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK), bertujuan mengkaji dakwaan dalam buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness'. - Gambar fail
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Saya ditanya empat soalan' - Wan Azizah Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Saya ditanya empat soalan' - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643362675_WanAzizah.jpg)
Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Saya ditanya empat soalan' - Wan Azizah
Ujarnya, beliau diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi satu mesej oleh pegawai polis bertugas.
![Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612515570_AcrylSani.jpg)
Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness".
![Tommy Thomas nafi terlibat persetujuan lepas tanpa bebas Riza Aziz Tommy Thomas nafi terlibat persetujuan lepas tanpa bebas Riza Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582362337_TommyThomas.jpg)
Tommy Thomas nafi terlibat persetujuan lepas tanpa bebas Riza Aziz
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz seperti yang didedahkan SPRM baru-baru ini.