Izzah gesa Peguam Negara beri penjelasan kes Guan Eng

Sinar Harian
September 3, 2018 23:36 MYT
NURUL IZZAH: Kita mahukan dan perlukan reformasi sistem. - Gambar fail/Astro AWANI
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pejabat Peguam Negara tampil memberikan penjelasan berhubung pengguguran pendakwaan terhadap kes rasuah dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau turut mengulangi pendirian sama seperti 2013, agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kuasa membuat pendakwaan.
Nurul Izzah berkata demikian sebagai menjawab komen pengguna Twitter, Shahidil yang memuat naik kenyataan beliau ketika pertemuan tertutup pemimpin PKR dan SPRM di Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah lima tahun lalu.
Kenyataan Nurul Izzah itu menyebut SPRM perlu diberi kuasa membuat pendakwaan kerana Peguam negara yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas tersebut terbukti gagal melaksanakan dengan adil.
"Terima kasih kerana mengingatkan. Saya mengulangi pendirian yang sama hari ini. Kita mahukan dan perlukan reformasi sistem," jawab Nurul Izzah.

Pejabat Peguam Negara harus tampil memberikan penjelasan https://t.co/xp4hv8TJDu

— Nurul Izzah (@n_izzah) September 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima kasih kerana mengingatkan. Saya mengulangi pendirian yang sama hari ini. Kita mahukan dan perlukan reformasi sistem https://t.co/D0pm8q22fZ

— Nurul Izzah (@n_izzah) September 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Guan Eng, Li Koon bebas: 'Saya pun terkejut juga' - Tun M
Pada 21 Ogos 2013, Nurul Izzah berkata dalam usaha mencegah rasuah di negara ini, PKR menyokong SPRM diberi kuasa pendakwaan.
Katanya, SPRM perlu diberi kuasa membuat pendakwaan kerana Peguam negara yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas tersebut terbukti gagal melaksanakan dengan adil.
Jelas, sudah banyak kes sebelum ini yang sudah disiasat oleh SPRM tetapi hingga kini tidak dibuat pendakwaan dan butiran siasatan sangat kabur serta tidak diketahui umum.
Tambahnya lagi, dalam bersama SPRM, antara perkara yang turut dibincangkan adalah cadangan SPRM untuk meminda Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar setiap menteri dan ahli keluarga mereka yang mendapat habuan atau projek kerajaan boleh diambil tindakan.
#kes rasuah #Menteri Kewangan #naib presiden pkr #Nurul Izzah Anwar #Pejabat Peguam Negara #pembelian banglo #Phang Li Koon #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;