IWK naiktaraf loji kumbahan sedia ada.

Astro Awani
Mei 27, 2013 18:07 MYT
Pemantapan perkhidmatan giat dilaksanakan oleh kerajaan dan Indah Water Konsortium terutama menaiktaraf loji kumbahan sedia ada bagi memastikan kebersihan alam sekitar terus terjaga dan terpelihara.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Hjh Nor' Aini Abd Wahab berkata penaiktarafan loji ini membantu merealisasikan hasrat kerajaan dan kecemerlangan perkhidmatan i-w-k khususnya kepada rakyat Malaysia.
Malaysia adalah antara negara terbaik pengurusan sisa kumbahan melalui IWK yang berusaha mengekalkan kebersihan alam sekitar.
Selain mengekalkan perkhidmatan terbaik IWK demi kesejahteraan rakyat, penaiktarafan loji ini mampu menjana persekitaran lebih inovatif dan produktif.
Selain itu masyarakat juga perlu sedar perkhidmatan IWK penting dan bekerjasama untuk kesejahteraan bersama.
Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyifatkan penaiktarafan loji diharap mendidik masyarakat menilai kepentingan IWK dan kebersihan persekitaran.
Sehubungan itu juga pengguna disaran melaksanakan tanggungjawab membayar bil perkhidmatan pembentungan bagi memastikan sistem pembentungan terus terjaga.
Malah, kepentingan sistem pembentungan seharusnya menjadi tunjang keharmonian alam sekitar.
#IWK #loji #naik taraf
;