Itu pandangan peribadi Rashid - Tun Mahathir

Astro Awani
Januari 1, 2019 15:26 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kenyataan itu sama sekali tidak mewakili parti tersebut.
Kenyataan Naib Presiden Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengarahkan pemberian kontrak secara kronisme adalah pandangan peribadi beliau.
Tegas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, kenyataan itu sama sekali tidak mewakili parti tersebut.
"Itu bukan keputusan parti, dia suarakan pendapat dia dan kita tak pegang pada itu. Kita tak mahu buat macam Najib (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tub Razak) buat, bagi (projek) kepada kawan-kawan.
"Kita akan pertimbang semua projek diberi ikut tender, siapa ada kebolehan boleh masuk tender dan kalau boleh buat terbaik kita bagi," katanya.
Abdul Rashid dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan kali kedua Bersatu di Putrajaya baru-baru ini berkata, kepimpinan tertinggi parti diingatkan tidak mengabaikan pimpinan akar umbi termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
Menurutnya, semua Ketua-Ketua Bahagian mesti mendapat aktiviti yang memberi peluang supaya mereka mampu meneruskan kerja daripada segi kewangan untuk mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan.
#Abdul Rashid Abdul Rahman #Bersatu #Mahathir Mohamad #menteri #Najib Razak #Pakatan Harapan #pembangkang #perhimpunan #presiden #Putrajaya
;