Itu bukan tanah runtuhlah... - Bomba

Sinar Harian
September 26, 2018 18:56 MYT
Anggota bomba membersihkan Jalan Cameron Highlans ke Simpang Pulai, tadi. -Sinar Harian
Kejadian limpahan air di Jalan Cameron Highlands ke Simpang Pulai petang tadi bukan kes tanah runtuh.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata kejadian jam 4 petang itu sebenarnya hanya melibatkan laluan air pecah.
“Keadaan itu menyebabkan tembok tebing pecah dan air melimpah ke atas jalan raya utama.
“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sudah ke lokasi dan mengesahkan kejadian namun tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan laluan itu dilakukan sebelum lalu lintas dibuka semula kepada pengguna.
#air melimpah #Cameron Highlands #Mohd Sani Harul #simpang pulai #tanah runtuh #tembok tebing pecah
;