‘Itu adalah tidak benar’ - Isteri Taib Mahmud
Sinar Harian
Februari 5, 2024 22:36 MYT
Februari 5, 2024 22:36 MYT
SHAH ALAM: Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud iaitu Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan laporan media berhubung pihak polis sedang menyiasat dakwaan bahawa suaminya dibawa keluar dari hospital tanpa nasihat doktor.
Menerusi perkongsian di InstaStory miliknya, Raghad berkata, dakwaan berhubung isu tersebut adalah tidak benar sambil berkongsi gambar laporan doktor sebagai bukti.
“Itu adalah tidak benar,” katanya pada Isnin.
Baru-baru ini tular satu laporan polis yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching.
Pada Isnin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar Abdul Taib dari sebuah hospital.
Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
#isteri Taib Mahmud
#bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak
#Tun Abdul Taib Mahmud
#Raghad Kurdi Taib
#keluar dari hospital