Isu transaksi tanah: SPRM ambil keterangan Daim Zainuddin

Dania Zainuddin
September 12, 2018 10:57 MYT
Shukri dan pasukannya tiba di Menara Ilham kira-kira jam 10.40 pagi Rabu. - Gambar fail
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull tiba di Menara Ilham di ibu negara untuk mengambil keterangan daripada Tun Daim Zainuddin berhubung isu transaksi tanah meragukan di Kuala Lumpur.
Tiga buah kenderaan yang tiba kira-kira jam 10:40 pagi itu terus memasuki tempat letak kereta bawah tanah di menara tersebut.
Pada Selasa, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) itu memaklumkan, hasil siasatan pihaknya menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya transaksi 91 lot tanah yang meragukan.
Jelasnya, ketika berucap pada satu majlis bersama penduduk Parlimen Titiwangsa, hasil siasatan itu sudah dihantar ke SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull tiba di Menara Ilham untuk ambil keterangan Tun Daim Zainuddin berhubung transaksi tanah meragukan di Kuala Lumpur. @501Awani pic.twitter.com/ETJZTzqoeP

— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) September 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Daim ketika itu mengulas satu soalan mengenai transaksi tanah meragukan di ibu negara yang didakwa berkait rapat dengan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
BACA: SPRM digesa siasat Ku Nan berhubung jual beli tanah Yayasan Wilayah Persekutuan
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membuat laporan SPRM menggesa siasatan dijalankan terhadap penjualan 64 lot tanah yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2014.
Laporan itu turut menggesa pengurusan tertinggi Yayasan Wilayah Persekutuan yang didakwa terbabit dalam pembelian tanah itu disiasat SPRM.
#Daim Zainuddin #Menara Ilham #MPK #Shukri Abdull #SPRM #transaksi tanah
;