'Isu 'telur halal' di media sosial keterlaluan' - Jakim

Kohilah Sekaran
Mei 22, 2016 14:12 MYT
Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan isu berkenaan telur halal yang diviralkan di media sosial baru-baru ini sebagai keterlaluan.
Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan isu berhubung ‘telur halal’ yang diviralkan di media sosial baru-baru ini sebagai keterlaluan.
Menerusi satu kenyataan media pada Sabtu, Jakim berkata tindakan syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap biji telur juga adalah bercanggah dengan peraturan berkaitan label logo halal.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan tindakan beberapa peniaga yang menjual telur halal di media sosial dengan menuntut ayam-ayam yang digunakan itu tidak berlibat dalam pergaulan bebas dan 'halal'.
Jakim menjelaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak melibatkan proses yang meragukan.
Jakim turut menasihati pengguna agar berhati-hati dalam memilih dan mempercayai isu viral yang disebarkan di media sosial, khususnya sebelum menyebarkan semula.
#JAKIM #Kini Trending #media sosial #telur halal #viral
;