Isu tanah Taman Manggis: Guan Eng gesa Rahman Dahlan pulang, teruskan debat

Dewi Nur Harasha Alias
April 10, 2016 19:02 MYT
Lim Guan Eng (kanan) tetap bertegas mahu berdebat dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri).
Lim Guan Eng tetap bertegas mahu berdebat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada masa sama, turut berkeras dan menggesa Abdul Rahman yang sedang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke luar negara untuk pulang ke Malaysia supaya debat itu boleh diadakan.
"Saya tidak undur, tetapi saya bagi dia (Abdul Rahman) sampai 16hb. Selepas itu kita tengok macam mana.
"Saya tidak cakap saya tidak mahu berbahas, tidak ada. Tetapi saya mahu dia tunjukkan komitmen dia," tegas Guan Eng ketika mengulas mengenai isu debat Taman Manggis belaiu dengan Abdul Rahman di sini, hari ini.
BACA: Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman
BACA: Debat Taman Manggis: Belum bermula, Rahman dan Guan Eng berbalas serangan di Twitter
BACA: BN kemukakan dokumen mengenai tanah Taman Manggis - Rahman Dahlan
Abdul Rahman pada Sabtu mengingatkan Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak menarik balik persetujuannya untuk berdebat berhubung kontroversi tanah Taman Manggis.
Beliau kini berada di luar negara untuk lawatan rasmi dan dijangka kembali ke tanah air pada 18 April.
#Abdul Rahman Dahlan #debat #Lim Guan Eng #Taman Manggis
;