KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya empat hari lepas.
Hakim Suzana Hussin juga memerintahkan Chiok Wai Long, 35, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda, dan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Mac lepas.
Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Chiok Wai Loong' pada 18 Mac lepas yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran, selain terdapat 24 laporan polis diterima berkaitan perbuatan tertuduh.
"Hantaran dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada (penduduk) pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan," katanya.
Sementara itu, Chiok yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dirinya tidak berniat dan tidak mengetahui perkataan yang digunakannya boleh bermaksud menghina.
"Saya memang 'keyboard warrior'... macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitiviti. Bukan niat saya untuk menghina," katanya yang merayu tidak dipenjarakan.
Semalam Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Chiok Wai Long dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya. -Bernama
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.
Isu stoking tertera kalimah Allah: Syabas MAINJ, polis - Tunku Mahkota Ismail
Pemangku Sultan Johor ucap syabas kepada MAINJ dan PDRM atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.
Isu stoking: Jangan beri muka pihak mainkan isu 3R - MIICCI
Kerajaan digesa mengheret pelaku yang menyentuh sensitiviti agama Islam ke muka pengadilan agar dikenakan hukuman berat termasuk mempertimbangkan untuk melucutkan kewarganegaraan mereka.