Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong

Bernama
Mac 15, 2024 17:10 MYT
Keterangan Kok seong (foto) diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan selesai merakamkan keterangan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi berkata keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Beliau (Teo) hanya dirakam percakapan dan tidak melibatkan sebarang rampasan," katanya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengesahkan polis membuka kertas siasatan terhadap Teo berhubung kenyataan yang mendakwa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan negara.
-- BERNAMA
#teo kok seong #sekolah vernakular #penghalang perpaduan negara #Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
;