Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam

Haider Yutim
September 6, 2018 06:06 MYT
Khairy menerusi akaun Twitternya membalas kenyataan Wan Muhammad yang juga dibuat di Twitter berhubung isu sebat syariah. - Gambar fail
Isu mengenai hukuman sebat syariah terhadap dua wanita lesbian di Terengganu pada Isnin lalu menimbulkan perdebatan pelbagai pihak.
Terkini, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah meminta Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo supaya diam dan tidak bercakap mengenai isu itu.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menerusi akaun Twitternya membalas kenyataan Wan Muhammad yang juga dibuat di Twitter berhubung isu berkenaan.
BACA: 'Kenapa KJ, kenapa jadi macam ni?' - Papa Gomo
“Gomo, anda patut diam sahaja. Perkara seperti ini di luar jangkauan anda untuk memahaminya,” tulis Khairy di Twitternya, semalam.
Kata-kata ‘pedas’ Khairy itu dibalas Wan Muhammad dengan beberapa lagi kenyataan di laman Twitter dan Instagram.

Gomo you should just keep quiet. Perkara macam ni completely beyond your bandwidth to comprehend.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, hukuman rotan yang dikenakan ke atas pesalah syariah ini adalah lebih kepada mendidik dan memberikan contoh kepada yang lain agar tidak melakukan pekara yang dilarang.
“Aku tak pandai bab agama sangat dan memang bukan bidang aku pun nak cakap arif bijaksana dalam isu agama ni.
“Tetapi sebagai seorang Muslim aku berpendapat hukuman rotan yang dikenakan ke atas golongan pesalah syariah bukan lah hukuman yang kejam,” katanya.
Selain itu, Wan Muhammad turut membuat sesi Facebook Live bertajuk ‘Kenapa, KJ?’ yang berdurasi hampir sejam mempersoal tindakan Khairy yang sejak kebelakangan ini disifatkannya sebagai ‘menyimpang’.
Khairy pada Isnin lalu membidas tindakan hukuman sebatan yang dikenakan terhadap dua orang wanita yang didakwa melakukan hubungan sejenis, di Terengganu itu.
BACA: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai
Katanya, banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT, dan adalah tidak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai.
#Ahli Parlimen Rembau #Facebook Live #hukuman sebat #Instagram #Khairy Jamaluddin #KJ #LGBT #Papa Gomo #Pemuda UMNO #sebat syariah #Twitter
;