Isu saman bil tertunggak: Itu perkara biasa, mungkin Azmin terlepas pandang - Zuraida
Hilmi Malik
November 8, 2019 18:00 MYT
November 8, 2019 18:00 MYT
Kes saman sebuah agensi pelancongan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa terdapat tunggakan bil pelancongannya tidak akan menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin beranggapan isu itu adalah satu perkara biasa.
"Ramai orang tidak bayar bil masing-masing, dan lagipun dia (Azmin) sudah berjanji untuk bayar, jadi tiada isu, dia tidak menafikan perkara itu," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Skim Perumahan Mampu Milik di sini pada Jumaat.
Mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan penahanan anak kepada syarikat pelancongan berkenaan yang mempunyai kaitan dengan video penyebaran sebuah video yang dikatkan dengan Azmin, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata perkara itu mungkin sekadar kebetulan dan tiada kaitan.
"Saya rasa itu hanya kebetulan, saya difahamkan syarikat tersebut telah berkhidmat untuk Azmin sejak lebih 20 tahun lalu.
“Ini hanya urusan perniagaan dan mereka sedang menyemak bil berkenaan mungkin Azmin terlepas pandang," katanya lagi.
Pada Ogos dan September lalu, syarikat pelancongan berkenaan mendakwa Azmin berhutang bagi perjalanan dan penginapan antara September 2018 dan Ogos 2019 berjumlah RM329,000.
#Azmin Ali
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Pakatan Harapan
#pelancongan
#PKR
#saman
#video
#Zuraida Kamaruddin