Malaysia tidak pernah berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar ketika membangkitkan isu etnik Rohingya di negara itu tetapi ia adalah isu kemanusiaan serantau dan sejagat yang perlu diberi perhatian.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil lawatan beliau ke kem pelarian Rohingya dekat sini menunjukkan bahawa isu itu kini menjadi masalah yang berpanjangan.
"Oleh kerana ia suatu usaha penyelesaian yang tidak hanya boleh dilakukan oleh Bangladesh, jadi mereka perlukan bantuan negara sahabat yang lain termasuk Malaysia. Malaysia merasakan masalah kemanusiaan ini perlukan penyelesaian melalui kaedah kolaborasi serantau khususnya negara ASEAN.
"Walaupun Myanmar antara negara anggota ASEAN tetapi isu kemanusiaan seharusnya perlu merentasi sempadan. Kerana itu Malaysia melalui Perdana Menteri bertegas untuk Myanmar selesaikan masalah ini dan dibantu badan antarabangsa. 'Ethnic cleansing' tidak sepatutnya berlaku di wilayah Rakhine, Myanmar," katanya di sini.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama dua hari ke Bangladesh sejak Ahad. Antara program utama beliau di sini adalah melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong, kira-kira 35km dari sini pada Isnin.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia telah dan sedang melakukan usaha untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dengan isu itu terutama berikutan siasatan dalaman oleh angkatan tentera Myanmar terhadap beberapa pemimpin tentera yang mengetuai unit tertentu kononnya wujud kumpulan yang menentang pentadbiran kerajaan pusat.
Katanya Malaysia akan bekerjasama dengan negara ASEAN yang prihatin terhadap masalah ini bersama Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) serta beberapa badan antarabangsa lain.
"Pertama untuk meneruskan kesinambungan bantuan kebajikan, perubatan dan persekolahan anak-anak mereka. Usaha jangka masa sederhana adalah supaya akhirnya mereka kembali ke tanah asal mereka.
"Bagi jangka panjang, akhirnya mencadangkan zon selamat yang diiktiraf PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), perkara ini mungkin boleh dibawa oleh anggota Majlis Keselamatan PBB untuk dijadikan resolusi agar Rohingnya dapat kembali dan dipantau oleh pasukan pemantau PBB," katanya.
Krisis kemanusiaan semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar dengan semakin ramai etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh setiap hari dan semakin banyak kem pelarian diwujudkan.
Sehingga kini, jumlah sebenar pelarian tidak dapat dipastikan tetapi banyak pihak mendakwa ia melebihi sejuta orang. Untuk rekod, hanya terdapat dua kem rasmi bagi pelarian Rohingya iaitu Kutupalong dan Nayapara tetapi berpuluh-puluh lagi kem sementara diwujudkan oleh pelarian sendiri dan angka itu bertambah dari hari ke hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017

Ahmad Zahid mengagihkan gula-gula kepada kanak-kanak Rohingya ketika tiba di penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, semalam. - Foto fail Bernama.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.

Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.

Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.

UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.

Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.

'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."

PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.