Isu RM90 juta: 'Saya belum dipanggil' - Nik Abduh
Fareez Azman
Februari 7, 2019 14:57 MYT
Februari 7, 2019 14:57 MYT
Pemimpin Pas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz hari ini menjelaskan bahawa beliau belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berhubung siasatan dakwaan wang RM90 juta ringgit yang disalurkan melalui Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Pas.
Bagaimanapun, Nik Abduh enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu.
Baru-baru ini, Nik Abduh dalam kenyataan di laman social Facebook peribadinya membuat penafian dakwaan rakaman ucapannya adalah berunsur karut dan fitnah ke atas dirinya dan Pas.
Jelasnya, beliau dan partinya tidak terlibat dalam apa-apa dakwaan termasuk menerima rasuah politik UMNO dan tidak sama sekali mengikut telunjuk DAP.
Isu itu mula panas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare-Rewcastle Brown dengan memilih jalan penyelesaian di luar mahkamah.
Ia susulan pengakuan seorang individu yang hanya dikenali sebagai Muhammad Atiullah mendakwa menjadi saksi ketika Nik Abduh membuat pengakuan menerima suapan berkenaan.
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Abdul Hadi Awang
#Clare-Rewcastle Brown
#fitnah
#mahkamah
#Malaysia Baharu
#Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
#PAS
#politik
#presiden
#Rasuah
#saman
#Sarawak Report
#siasatan
#SPRM
#UMNO