Isu rasis dan '3D': 'Malaysia, di manakah budi bahasa kita?' - Syed Saddiq

Kohilah Sekaran
Februari 17, 2016 14:16 MYT
Syed Saddiq Syed Abdl Rahman menyeru rakyat Malaysia untuk tidak merujuk mana-mana kaum ataupun bangsa dengan dengan istilah menghina, ketika menyuarakan hak asasi mereka. - Gambar fail
Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru rakyat Malaysia untuk tidak merujuk mana-mana kaum ataupun bangsa dengan dengan istilah menghina, ketika menyuarakan hak asasi mereka
Menerusi akaun Facebooknya, Syed Saddiq berkata tidak salah untuk rakyat menyuarakan pendapat tentang kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke dalam negara, tetapi menghina mereka tidak melambangkan nilai seorang rakyat Malaysia.
“Jangan la kita memanggil mereka dengan nama seperti 'bangsa perogol', 'perompak' dan 'sampah'.
“Jika kita berada di luar negara, kita tidak suka sikap rasis, kita saban hari berkongsi video mengenai Islamophobia di negara barat. Tetapi amat memalukan, perbuatan tersebut dilakukan di tanah air kita sendiri.
“Di manakah budi bahasa kita?" soal Syed Saddiq menerusi satu kenyataan Facebook, semalam.
Dengan memberi contoh bahawa bukan semua warga Bangladesh melakukan kerja ‘3D’, Syed Saddiq berkata rakan sebiliknya juga merupakan seorang pendebat adalah warga Bangladesh, yang telah dianugerahkan gelaran Juara debat Asia dan ‘World Class Debater’.
BACA: Anak muda tidak minat kerja kotor, sukar & bahaya? Netizen berbelah bahagi
BACA: Pekerjaan '3D': Industri tidak mampu, gaji rendah berterusan - Khairy
Tambah beliau, Muhammad Yunus, seorang usahawan sosial Bangladesh, pegawai bank, ahli ekonomi dan ketua masyarakat sivil telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan untuk mengasaskan Grameen Bank dan merintis konsep mikro kredit dan pembiayaan mikro.
“Kedua-duanya adalah orang yang berbakat dari negara yang kebanyakan daripada anda menggelar mereka sebagai 'bangsa perogol'.
“Adakah anda suka dikutuk, dilabel dan dikeji ketika anda berada di negara asing untuk mendapat rezeki yang halal?’’ soalnya lagi.
Walaupun tidak menyokong idea kemasukan pekerja asing, Syed Saddiq berkata beliau tidak sama sekali akan memanggil mereka sebagai ‘bangsa perompak’ kerana mereka juga manusia.

Tidak salah untuk kita menyuarakan pendapat tentang kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke dalam negara kita. Tetapi...

Posted by Syed Saddiq on
#Facebook #pendebat terbaik Asia #Syed Saddiq
;