Isu permit The Heat: KDN pandang serius tindakan burukkan kerajaan

Bernama
Disember 30, 2013 07:00 MYT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat tindakan dan cubaan pihak tertentu yang secara berterusan memburukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan akhbar mingguan The Heat.
Menurut kenyataan KDN, penggantungan itu bersifat sementara selaras prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan mengikut Akta Mesin Cetak dan penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012).
Kementerian itu menyatakan pada masa ini, jawapan bagi surat tunjuk sebab yang dikemukakan penerbit The Heat sedang diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya.
KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan itu pada 19 Dis lepas dan tindakan berkenaan diprotes pelbagai pihak, yang antara lain, menyifatkannya sebagai melanggar Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948.
#KDN #Kementerian Dalam Negeri #penggantungan akhbar #The heat
;