Isu pemilikan saham: SC panggil Azam Baki

Luqman Hariz
Januari 6, 2022 17:26 MYT
Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham olehnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.
Menurut SC, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan, atau atas nama penama yang diberi kuasa.
Ia menambah, Seksyen 29(a) Akta yang sama juga menetapkan bahawa semua urus niaga dalam sekuriti hendaklah hanya dilaksanakan oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama yang diberi kuasa.
Semalam, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata pihaknya tidak menemui sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan daripada pihak Azam.
BACA: Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
Kredibiliti Azam Baki dipersoal
Katanya, ini kerana saham yang dimiliki Azam digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, dan Azam tidak mempunyai sebarang kepentingan kewangan atau benefisial ke atas pembelian atau pemilikan saham-saham berkenaan.
Tambahnya, pembelian saham tersebut dibuat di pasaran terbuka dan ia telah dipindah milik semula kepada Nasir dalam tahun berkaitan.
AWANI Ringkas: Tunggu saya saman - Azam Baki
#SPRM #Azam Baki #suruhanjaya sekuriti #SC #saham #conflict of interest
;